Panduan Menulis Ebook

images

Baiklah saya ingin tegaskan di sini bahawa semua layak menulis ebook!

Ya.. menulis ebook tak kira umur, tak kira rupa paras, tak kira populariti , tak kira bangsa dan semua tak kira. Yang penting kita nak ke tak nak.  Saya pernah berforum dengan sesorang yang mengatakan beliau ni tak de bakatlah hendak menulis ebook, namun sangat-sangat berminat untuk menulis ebook.

Saya nak tanya anda semua, anda ingat saya ni berbakat sangat ker?

Hehe saya pun takde bakat kalau anda baca ebook pertama saya rasa kaku jer. Di Antara Tip-tip Menulis eBook:

 

1) Cari Tema Ebook

Baiklah perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah anda perlu mencari tema ebook anda. Apa yang aku nak tulis dalam ebook?

Apakah yang aku hendak sampaikan kepada pembaca? Itulah tema dia barulah senang anda hendak karangkan ebook berdasarkan tema-tema yang anda pilih. Contohnya anda ingin menulis tentang tema buat duit so setkan dalam minda anda “aku nak buat ebook tentang cara buat duit“. Cam ner kak Lynn dah cari tema?

 

2) Buat Rangka

Oh… ramai yang lupa step ini kerana ramai yang beranggapan rangka diperlukan apabila hendak menulis karangan untuk BM kertas 1 dalam PMR ataupun SPM. Akibatnya ramai yang hanya menulis ebook setakat muka surat 3 terus habis idea lol So, anda kena rangka dahulu ebook anda berdasarkan tema yang anda pilih. Oh di sinilah segala-galanya dan semasa menulis rangka ini anda tak boleh duduk setempat dan memikirkan isi ebook tetapi ambil alternatif sentiasa ada kertas dan pen di tangan anda. So time anda dok jalan-jalan ke, tengok TV ke dan sebagainya jika ada isi anda terus jer catat ) Mudah bukan?

 

3) Jaga Gaya Penulisan Anda

Baiklah bab ini juga penting kerana gaya penulisanlah yang membuatkan pembaca ingin terus membaca atau tidak ebook anda. So, yang paling penting sentiasa gunakan bahasa termudah, ayat tidak tergantung dan jangan meleret. Oh, saya pernah baca ebook yang meleret-leret. Nak hurai 1 isi namun huraianya sampai 3 muka surat, hasilnya saya hanya baca setakat mukasurat 3 Setiap orang berbeza gaya penulisannya namun apa yang saya ingin tekankan di sini be yourself! Anda boleh nak tiru gaya penulisan orang lain, tapi awas anda mesti tiru yang betul-betul pakar seperti gaya penulisan penulis buku motivasi mat salleh, oh begitu teruja inginku mengetahui isi seterusnya bila membaca buku motivasi mereka. Kenapa? Kerana gaya penulisan mereka yang santai.

 

4) Jangan Menulis Ebook di Waktu Anda Sibuk

Anda dinasihatkan dan disarankan supaya tidak menulis ebook diwaktu anda sibuk. Ini supaya dapat mengelakkan pelbagai masalah. Contohnya bila anda menulis ebook di waktu sibuk sudah tentu anda tidak boleh concentrate dan nak cepat. So, hasilnya ebook anda mungkin tidak menarik kerana isi tidak diolah dengan baik. Jadi waktu paling sesuai nak tulis ebook adalah di pagi hari. Erk namun setiap orang berbeza bukan? hehe dan ada juga yang mengatakan “nak cari masa tak sibuk tu lah susah“. Hehe jangan jadikanya alasan dan analogi paling mudah ialah macam kita makan, bilakah waktu paling best? Tentulah waktu lapar bukan? So, begitulah dalam menulis ebook kerana ebook yang baik akan terhasil bila isi diolah dengan baik. Isi diolah dengan baik kerana anda menulis dengan selesa dan tidak terkejar-kejar dengan masa.

 

5) Setiap Isi Sertakan Contoh

Ini merupakan perkara paling wajib supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apakah isi yang kita hendak sampaikan terutamanya dalam term-term IT yang merupakan perkara baru dalam vocab kita. Sebagai contoh orang akan tertanya-tanya apakah CTR? Apakah page impression? So, anda perlu sertakan contoh bagi menjawab terus persoalan pembaca ebook anda.

 

6) Masukkan Grafik

Ini lebih kepada make up ebook anda. Anda perlu masukkan grafik supaya pembaca anda tidak bosan dengan ebook anda. Di samping itu grafik juga dapat menambah jumlah muka surat ebook anda. Gambar perlu di masukkan! Gambar apa yer nak dimasukkan? Baiklah anda boleh letakkan apa sahaja gambar yang terdapat keyword tersebut dalam penulisan anda. Contohnya ayat ini, Labanon duduk atas kerusi kayu yang baru siap dibuat. Jadi di sini anda boleh nak letakkan gambar Labanon atau kerusi. Tapi saya lebih galakkan anda letak gambar Labanon miahaha.

 

7) Buangkan Sikap Buat Ebook Kerana Duit

Ini satu lagi barah yang perlu kita hakis yakni buat ebook kerana ingin dapat duit. Memang tak salah jika kita mengharapkan sebegitu rupa namun lebih jika anda menganggap buat ebook kerana ingin puaskan hati pembaca dan memberi informasi kepada pembaca. Niat yang baik akan menghasilkan produk yang baik. Produk yang baik akan menghasilkan wang yang lumayan insayallah. Anda juga akan frust bila anda buat ebook kerana duit tetapi target yang hendak dicapai tidak tercapai dan mulalah anda mencaci Perniagaan Interenet MENIPU! Bukan perniagaan internet menipu tetapi anda yang minta supaya ditipu

 

8) Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

Oh.. ini bukanlah satu trick namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.

 

9) Tiru Ebook Orang Lain

Ya saya sarankan anda tiru ebook orang lain. Hehe tunggu dulu bukan bermaksud tiru content tetapi tiru cara penyusunan pendahuluan, isi kandungan dan sewaktu dengannya. Jangan pula anda letakkan isi kandungan di bahagian akhir kerana itu bukan ditempatnya. Sebaik-baik ebook perlu lah ada pendahuluan, penghargaan dan penutup. Saya juga meniru ebook orang lain dalam bab ini

 

10) Semak Ebook Anda

Akhir sekali semak ebook anda! Hoho bagi yang ada adik senang jer upah adik baca ebook anda dan suruh dia cek spelling error. Kalau saya ni takde adik, so kena ler semak sendiri. Takpun bagi jer kepada sesorang yang boleh dipercayai untuk menyemak ebook anda. Paling penting bagi ebook anda kepada pakar supaya mereka membaca dulu ebook anda dan minta komen daripada mereka sebelum diedarkan. Jika komen amat parah, baiki semula ebook anda.

Penutup: Buatlah ebook anda dan percayalah kepada diri anda sendiri. Jika anda kata boleh! sudah tentu anda boleh lakukan namun jika anda kata ahh tak boleh! pasti anda tidak boleh lakukan. Jangan salahkan bakat anda kerana bakat juga perlu diasah dan diasah barulah terserlah. Semua ada kemampuan untuk menulis. Cuma untuk menulis dengan sempurna itu agak payahlah namun belum cuba belum tahu. Nak tulis ebook ni senang jer namun nak cari tema tu agak susah! Step last sekali barulah anda letakkan nama ebook anda. Nama juga perlu menarik dan tertarik kau memang da bomb!

Sekian wassalam, salam cemerlang jumpa lagi.

Kredit to: http://blog.jomberniaga.com/2007/08/…menulis-ebook/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s