3 Langkah Mudah Menghasilkan ebook tanpa menulis

October 27, 2009 ebookpintar Leave a comment

 

.
Hari ini saya berikan tips untuk anda yang berminat untuk menulis ebook, tetapi tiada masa… atau… tak pandai menulis :)
.
“Ebook short cut!”
.
Bagaimana caranya?
.
Langkah 1:
.
Pilih satu subjek atau topik mengikut kepakaran anda… atau minat anda. Rujuk posting semalam untuk tips passion/minat.
.
Langkah 2:
.
Temubual / Temuramah / Interview atau sewaktu dengannya pakar-pakar industri dalam bidang anda berdasarkan sesuatu topik yang anda ingin ketengahkan.
.
Langkah 3:
.
Bukukan hasil temubual tersebut menjadi ebook!
.
Contoh-contoh ebook yang boleh dihasilkan:
.
1. 33 Pengalaman Pesakit Kanser yang Pulih
2. Kaedah Mudah Hiasan dalaman Rumah dari 8 Pakar
3. 10 Tips dari 10 Juru Gambar Malaysia
4. Tip Mengubah Hiasan dalaman Rumah anda pada bajet RM1,000 daripada 10 juru hias dalaman berpengalaman!
Categories: Uncategorized

Ebook Pelan Bisnes Cendawan

September 17, 2009 ebookpintar Leave a comment

pelancendawan

Berita baik kepada anda yang inginkan satu contoh rancangan bisnes cendawan kerana anda boleh download ia di sini.

Semoga ia boleh membantu dalam memberi panduan sebelum memulakan langkah bisnes cendawan.

Categories: Pelan bisnes cendawan

Ebook Pelan Bisnes Restoran

September 17, 2009 ebookpintar Leave a comment

restoran

Ebook ini sesuai untuk anda yang merancang untuk membuka bisnes restoran. Seperti yang selalu disebut;

“Jika anda gagal merancang, anda merancang untuk gagal”

Anda boleh download ebook ini percuma di sini.

Categories: Pelan bisnes restoran

9 Sebab anda gagal menjadi KAYA

August 30, 2009 ebookpintar Leave a comment

Rata-rata ramai yang tahu dan arif bagaimana caranya untuk menjadi kaya, tetapi berapa ramaikah yang tahu apakah sebab-sebab yang menyebabkan anda GAGAL menjadi kaya?

Di sini, saya akan dedahkan 9 sebab utama yang menyebabkan anda tidak mungkin menjadi kaya sampai bila-bila. Tujuan saya mendedahkan sebab-sebab ini supaya anda dapat menilai diri sendri dan menjadikannya sebagai satu motivasi bagi membetulkan beberapa kesilapan (sekiranya ada) supaya selepas ini tiada lagi halangan untuk anda menjadi kaya atau pun setidak-tidaknya bebas dari masalah kewangan.

 

9 sebab anda GAGAL menjadi KAYA

“Sebuah Panduan Pengurusan Kewangan”

Penulis : Mohd Fazdlie bin Mohamad Sahid (Encik Dlie)

Blog : www.PetuaJimatDuit.com

Web : www.KrisisWang.com

 

Anda boleh meneruskan bacaan ini jika anda berminat untuk bebas dari masalah kewangan. Tetapi jika kekayaan dan kebebasan kewangan bukan matlamat anda, sila baca sehingga akhir perkataan supaya selepas ini anda tahu apakah motifnya menjadi kaya dan mengapa kita harus bebas dari masalah kewangan.

 

Kepada yang berminat mendapatkan ebook ini, sila klik di : http://pakarhowto.com/Free%20Download/9%20Sebab%20Tak%20Kaya.pdf

Halangan terhadap perkembangan buku elektronik

August 22, 2009 ebookpintar Leave a comment

Oleh:ISHAK HAMZAH

8652985_COLLETIONOFMANYTATTOOIMAGESCOMPILEDwithebookloadzrights50percent


APABILA novel edisi elektronik, The Plant karya Steven King pertama kali dijual melalui Internet, sambutannya adalah di luar dugaan. Dalam minggu pertama sahaja seramai 150,000 pembaca melanggannya. Ini mendorong minat penerbit lain untuk menghasilkan buku-buku dalam talian termasuk karya Po Bronson dan Elizabeth Wurtzel.

Di Malaysia, bilakah agaknya penerbit tempatan akan mengeluarkan edisi digital untuk karya penulis-penulis besar seperti Usman Awang, Abdullah Hussain, Azizi Hj. Abdullah dan lain-lain?

Untuk menjawab soalan tersebut, penerbit Malaysia tentulah akan melihat pelbagai faktor. Salah satu daripadanya ialah bilangan orang yang mengakses Internet.

Mengikut angka terakhir, pelanggan Internet di Malaysia telah jauh melebihi 100,000 orang. Selain itu ialah kefahaman tentang penerbitan elektronik itu sendiri yang meliputi pelbagai bentuk seperti CD-ROM, penerbitan dalam talian dan buku elektronik.

Kekeliruan tentang penerbitan elektronik berlaku memandangkan produk ini masih lagi dianggap baru di pasaran. Antara e-buku yang mula-mula sekali diperkenalkan ialah Rocket eBook yang dilancarkan pada Oktober 1998. Semasa pengenalannya ia dijual dengan harga kira-kira AS$500 dan akhirnya diturunkan kepada AS$199.

Potensi pasaran
Sejak kebelakangan ini ada usaha beberapa pihak untuk menceburi bidang e-buku ini. Tetapi beberapa persoalan tetap timbul. Adakah harga jualannya dalam batas kemampuan pembeli? Apakah pengisian buku elektronik ini? Bagaimana pula dengan hak cipta, royalti dan sebagainya?

Salah satu faktor yang berkaitan ialah langganan atau pembelian melalui talian khususnya bagi buku-buku dalam talian. Sejarah Amazon.com memberi pengajaran tentang hal ini. Kajian Andersen Consulting mendapati bahawa kira-kira 43 peratus pengguna Internet tidak yakin untuk membeli produk melalui talian.

Namun, ini tidak menafikan bahawa Internet boleh menjadi alat promosi yang baik bagi buku. Suzanne Beecher memberi contoh yang meyakinkan melalui laman webnya iaitu chapteraday.com. Beliau memperkenalkan konsep membaca satu bab kepada pekerjanya untuk tujuan galakan membaca. Akhirnya usaha itu menjadi komersial apabila ia mendapat sambutan luar dugaan. Mereka yang berminat pada bab itu telah berusaha membeli buku tersebut di kedai atau meminjamnya di perpustakaan.

Fungsi pendidikan
Selain memperkenalkan laman web sebagai tapak promosi, penerbitan dalam talian atau CD-ROM banyak digunakan untuk tujuan pendidikan. Namun, kebanyakan syarikat yang terlibat dalam bidang ini setakat ini adalah syarikat teknologi, bukan penerbit buku. Mereka tidak mempunyai kandungan, tidak berpengalaman dengan cita rasa pembaca dan hal-hal penerbitan. Akibatnya usaha-usaha yang dimulakan menghadapi pelbagai masalah.

Kebanyakan penerbit buku sendiri belum begitu ghairah untuk menceburi pasaran buku elektronik. Salah satu alasan utama ialah kos pembangunan yang tinggi, kekurangan kemahiran dan kurang yakin terhadap pasaran.

Walau bagaimanapun, kerajaan melalui Belanjawan 2001 telah memperuntukkan dana sebanyak RM500 juta untuk program Penggalakan Usahawan Internet Skali atau SNAP yang menyediakan modal peringkat permulaan. Selain itu terdapat agensi swasta yang bersedia untuk memberi sokongan terhadap projek-projek yang berpotensi.

Paduan tenaga
Salah satu langkah terbaik ke arah menjayakan penerbitan elektronik ialah paduan tenaga antara syarikat berkepakaran teknologi dengan penerbit tradisional.

Melalui kerjasama ini, penerbit dapat menyediakan bahan kandungan sementara syarikat teknologi menyediakan perkakasan. Masa pembelajaran dan risiko kerugian pula dapat dikurangkan. Selain itu, perkhidmatan yang ditawarkan mestilah mempunyai potensi untuk diperluas sehingga sesebuah laman itu dapat dijadikan portal yang dapat memenuhi pelbagai permintaan.

Walaupun penerbitan elektronik, termasuk buku dalam talian, akan menjadi alternatif yang mencabar pada masa hadapan, para penerbit tradisional masih tetap relevan. Selepas buku elektroniknya berjaya mendapat sambutan hangat, Steven King berkata: “Saya tidak fikir bahawa ia akan menggantikan perkataan-perkataan bercetak dan buku berjilid.” -Utusan Online

Rahsia tarikh lahir

August 18, 2009 ebookpintar Leave a comment

headerhome

Saya baru sahaja mendapat satu ebook “Laporan Percuma Rahsia Tarikh Lahir” yang di hantar tentang cara bagaimana untuk mendapatkan pengiraan tentang diri berdasarkan tarikh lahir.

 

Menarik juga sebab dari situ kita tahu apakah kelebihan dan kelemahan yang ada dalam diri dan mengambil tindakan positif untuk digunakan untuk kebaikan sendiri. Oh ya, nombor asas saya ialah 2. Nak tahu bagaimana, dapatkan laporan tersebut sekarang juga.

 

Memang berguna dan sangat informatif isi kandungannya kerana sekurang-kurangnya kita tahu asas dan saya galakkan anda untuk mendapatkannya di http://mytarikhlahir.com/

Categories: Rahsia tarikh lahir

London Eye

August 7, 2009 ebookpintar Leave a comment

P1010093

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya sekarang berada di London mengikuti kursus. Rasa macam tak percaya je bila berpeluang menjejakkan kaki ke ibu kota terkenal dunia ni. Saya kongsikan serba sedikit gambar-gambar untuk tatapan pengunjung ebook pintar. 

P1010122

dsc007731

noname1

Hujung minggu ni plan ngan kawan-kawan melawat tempat yang menarik sekitar London ni.

Categories: Update dari London

33 Rahsia Merakam Gambar Menarik

July 18, 2009 ebookpintar 1 comment

rahsia-fotografi

Oleh: Noorizam Sabran

Saya adalah peminat fotografi yang sentiasa belajar untuk menambah ilmu dalam bidang ini.

Kepakaran saya adalah dalam bidang ‘Prototype’. Ijazah saya pula dalam bidang senireka!

Dan hobi saya adalah ‘Photography’.

Dengan minat yang mendalam dalam fotografi, saya melaburkan wang sendiri untuk menuntut ilmu fotografi. Saya menghadiri kelas fotografi, berjumpa dengan jurugambar yang berpengalaman, banyak membaca buku fotografi dan banyak bertanya dengan yang pakar dalam industri.

Di dalam e-book ini, saya sebenarnya berkongsi asas ilmu dan pengetahuan saya dalam bidang fotografi.

Ya! E-book ini untuk anda yang masih baru (beginner) dan ingin memahami asas-asas dalam fotografi.

Saya adalah Noorizam Sabran.

Sila layari laman  http://ijamp.com/ ini untuk mendapatkan ebook percuma.

Categories: Ebook fotografi

Panduan Menulis Ebook

images

Baiklah saya ingin tegaskan di sini bahawa semua layak menulis ebook!

Ya.. menulis ebook tak kira umur, tak kira rupa paras, tak kira populariti , tak kira bangsa dan semua tak kira. Yang penting kita nak ke tak nak.  Saya pernah berforum dengan sesorang yang mengatakan beliau ni tak de bakatlah hendak menulis ebook, namun sangat-sangat berminat untuk menulis ebook.

Saya nak tanya anda semua, anda ingat saya ni berbakat sangat ker?

Hehe saya pun takde bakat kalau anda baca ebook pertama saya rasa kaku jer. Di Antara Tip-tip Menulis eBook:

 

1) Cari Tema Ebook

Baiklah perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah anda perlu mencari tema ebook anda. Apa yang aku nak tulis dalam ebook?

Apakah yang aku hendak sampaikan kepada pembaca? Itulah tema dia barulah senang anda hendak karangkan ebook berdasarkan tema-tema yang anda pilih. Contohnya anda ingin menulis tentang tema buat duit so setkan dalam minda anda “aku nak buat ebook tentang cara buat duit“. Cam ner kak Lynn dah cari tema?

 

2) Buat Rangka

Oh… ramai yang lupa step ini kerana ramai yang beranggapan rangka diperlukan apabila hendak menulis karangan untuk BM kertas 1 dalam PMR ataupun SPM. Akibatnya ramai yang hanya menulis ebook setakat muka surat 3 terus habis idea lol So, anda kena rangka dahulu ebook anda berdasarkan tema yang anda pilih. Oh di sinilah segala-galanya dan semasa menulis rangka ini anda tak boleh duduk setempat dan memikirkan isi ebook tetapi ambil alternatif sentiasa ada kertas dan pen di tangan anda. So time anda dok jalan-jalan ke, tengok TV ke dan sebagainya jika ada isi anda terus jer catat ) Mudah bukan?

 

3) Jaga Gaya Penulisan Anda

Baiklah bab ini juga penting kerana gaya penulisanlah yang membuatkan pembaca ingin terus membaca atau tidak ebook anda. So, yang paling penting sentiasa gunakan bahasa termudah, ayat tidak tergantung dan jangan meleret. Oh, saya pernah baca ebook yang meleret-leret. Nak hurai 1 isi namun huraianya sampai 3 muka surat, hasilnya saya hanya baca setakat mukasurat 3 Setiap orang berbeza gaya penulisannya namun apa yang saya ingin tekankan di sini be yourself! Anda boleh nak tiru gaya penulisan orang lain, tapi awas anda mesti tiru yang betul-betul pakar seperti gaya penulisan penulis buku motivasi mat salleh, oh begitu teruja inginku mengetahui isi seterusnya bila membaca buku motivasi mereka. Kenapa? Kerana gaya penulisan mereka yang santai.

 

4) Jangan Menulis Ebook di Waktu Anda Sibuk

Anda dinasihatkan dan disarankan supaya tidak menulis ebook diwaktu anda sibuk. Ini supaya dapat mengelakkan pelbagai masalah. Contohnya bila anda menulis ebook di waktu sibuk sudah tentu anda tidak boleh concentrate dan nak cepat. So, hasilnya ebook anda mungkin tidak menarik kerana isi tidak diolah dengan baik. Jadi waktu paling sesuai nak tulis ebook adalah di pagi hari. Erk namun setiap orang berbeza bukan? hehe dan ada juga yang mengatakan “nak cari masa tak sibuk tu lah susah“. Hehe jangan jadikanya alasan dan analogi paling mudah ialah macam kita makan, bilakah waktu paling best? Tentulah waktu lapar bukan? So, begitulah dalam menulis ebook kerana ebook yang baik akan terhasil bila isi diolah dengan baik. Isi diolah dengan baik kerana anda menulis dengan selesa dan tidak terkejar-kejar dengan masa.

 

5) Setiap Isi Sertakan Contoh

Ini merupakan perkara paling wajib supaya pembaca dapat memahami dengan lebih jelas apakah isi yang kita hendak sampaikan terutamanya dalam term-term IT yang merupakan perkara baru dalam vocab kita. Sebagai contoh orang akan tertanya-tanya apakah CTR? Apakah page impression? So, anda perlu sertakan contoh bagi menjawab terus persoalan pembaca ebook anda.

 

6) Masukkan Grafik

Ini lebih kepada make up ebook anda. Anda perlu masukkan grafik supaya pembaca anda tidak bosan dengan ebook anda. Di samping itu grafik juga dapat menambah jumlah muka surat ebook anda. Gambar perlu di masukkan! Gambar apa yer nak dimasukkan? Baiklah anda boleh letakkan apa sahaja gambar yang terdapat keyword tersebut dalam penulisan anda. Contohnya ayat ini, Labanon duduk atas kerusi kayu yang baru siap dibuat. Jadi di sini anda boleh nak letakkan gambar Labanon atau kerusi. Tapi saya lebih galakkan anda letak gambar Labanon miahaha.

 

7) Buangkan Sikap Buat Ebook Kerana Duit

Ini satu lagi barah yang perlu kita hakis yakni buat ebook kerana ingin dapat duit. Memang tak salah jika kita mengharapkan sebegitu rupa namun lebih jika anda menganggap buat ebook kerana ingin puaskan hati pembaca dan memberi informasi kepada pembaca. Niat yang baik akan menghasilkan produk yang baik. Produk yang baik akan menghasilkan wang yang lumayan insayallah. Anda juga akan frust bila anda buat ebook kerana duit tetapi target yang hendak dicapai tidak tercapai dan mulalah anda mencaci Perniagaan Interenet MENIPU! Bukan perniagaan internet menipu tetapi anda yang minta supaya ditipu

 

8) Jangan Buat Sampai Ebook Anda Lengkap

Oh.. ini bukanlah satu trick namun ebook anda tidak akan lengkap buat selama-lamanya! Ya… mesti ada jer rasa nak tambah. Jika anda nak tunggu ebook anda lengkap maklumnya sampai tua ler menunggu. Inilah salah satu kelebihan ebook. Ebook anda boleh diupdate dan pembaca boleh menerima update ebook secara percuma Tidak seperti buku sebenar.

 

9) Tiru Ebook Orang Lain

Ya saya sarankan anda tiru ebook orang lain. Hehe tunggu dulu bukan bermaksud tiru content tetapi tiru cara penyusunan pendahuluan, isi kandungan dan sewaktu dengannya. Jangan pula anda letakkan isi kandungan di bahagian akhir kerana itu bukan ditempatnya. Sebaik-baik ebook perlu lah ada pendahuluan, penghargaan dan penutup. Saya juga meniru ebook orang lain dalam bab ini

 

10) Semak Ebook Anda

Akhir sekali semak ebook anda! Hoho bagi yang ada adik senang jer upah adik baca ebook anda dan suruh dia cek spelling error. Kalau saya ni takde adik, so kena ler semak sendiri. Takpun bagi jer kepada sesorang yang boleh dipercayai untuk menyemak ebook anda. Paling penting bagi ebook anda kepada pakar supaya mereka membaca dulu ebook anda dan minta komen daripada mereka sebelum diedarkan. Jika komen amat parah, baiki semula ebook anda.

Penutup: Buatlah ebook anda dan percayalah kepada diri anda sendiri. Jika anda kata boleh! sudah tentu anda boleh lakukan namun jika anda kata ahh tak boleh! pasti anda tidak boleh lakukan. Jangan salahkan bakat anda kerana bakat juga perlu diasah dan diasah barulah terserlah. Semua ada kemampuan untuk menulis. Cuma untuk menulis dengan sempurna itu agak payahlah namun belum cuba belum tahu. Nak tulis ebook ni senang jer namun nak cari tema tu agak susah! Step last sekali barulah anda letakkan nama ebook anda. Nama juga perlu menarik dan tertarik kau memang da bomb!

Sekian wassalam, salam cemerlang jumpa lagi.

Kredit to: http://blog.jomberniaga.com/2007/08/…menulis-ebook/

Categories: Panduan menulis ebook

VCD Teknik Asas Tanaman Cendawan Tiram

VCD Cendawan
Ebookpintar dengan sukacitanya memperkenalkan satu produk daripada blog Cendawan Global dan JV antara Cendawan Puchong iaitu VCD Teknik Asas Cendawan.

VCD ini mengandungi manual lengkap teknik asas penanaman Cendawan Tiram bermula dari penyediaan beg media hinggalah membungkus hasil cendawan dan setiap penerangan akan disusuli dengan rakaman video yang disunting daripada beberapa sesi kursus yang telah kami anjurkan sebelum ini.

Dengan kata lain, memiliki VCD ini samalah seperti anda menghadiri kursus intensif yang kami anjurkan secara online.

Kepada siapa yang perlu memiliki VCD ini?

1) Anda yang kesuntukan masa untuk menghadiri Kursus Intensif

2) Anda yang pernah menghadiri kursus – untuk dijadikan ‘refresher’ 

3) Yang ingin memulakan projek secara percubaan dengan risiko paling minimum

4) Sekadar ‘usha line’ dan ‘test market’ dulu

5) Anda benar-benar serius serta ingin menambahkan ilmu pertanian

Pakej yang kami tawarkan :

  • 1 VCD Teknik Asas
  • Handout – Manual Instruction
  • Khidmat nasihat – handphone kami sentiasa “on” untuk menjawab segala kemusykilan

Harga kami : RM 50.00 termasuk belanja pos

Bagaimana untuk membuat pesanan?

 Bayaran RM50 ke akaun :

MAYBANK : 1510-7116-7133

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

CIMB BANK : 0506-0078-123525

AHMAD HANIZAM BIN ABDULLAH

SMSkan:

NAMA PENUH
ALAMAT KEDIAMAN / TEMPAT PENGHANTARAN
NO. H/P
NO. TRANSAKSI
MASA & TARIKH PEMBAYARAN
KE
019 758 9774 (NIZAM)

VCD AKAN DIHANTAR DALAM TEMPOH 3 HARI BEKERJA!